Blogging Blogging merupakan satu lagi cara yang baik untuk mendapatkan trafik. Lebih baik lagi jika anda boleh lakukannya di domain anda yang dihostkan oleh anda sendiri. Jika tidak, anda tetap
Memerah Otak Langkah pertama anda ialah untuk membuat senarai niche yang anda mempunyai minat untuk mempromosikannya. Buat satu senarai panjang yang terdiri dari niche-niche yang anda rasa boleh menguntungkan atau
Blogging
Blogging merupakan satu lagi cara yang baik untuk mendapatkan trafik. Lebih baik lagi jika anda boleh lakukannya di domain anda yang dihostkan oleh anda sendiri. Jika tidak, anda tetap boleh melakukannya di platform-platform blogging percuma seperti Blogger.com. Cuma anda perlu ingat, mereka berhak untuk membuang blog anda pada bila-bila masa sahaja, atas apa-apa alasan yang mereka pilih walaupun anda tidak melakukan apa-apa yang bercanggah dengan peraturan yang mereka tetapkan.
Trafik dan Pemasaran
Setelah anda membina senarai keyword yang mempunyai 1,000 carian setiap bulan dan kurang dari 50,000 laman web pesaing, tibalah masanya untuk menggunakan keyword-keyword tersebut untuk mendapatkan trafik.
Terdapat lebih kurang ratusan, mungkin ribuan cara untuk mendapatkan trafik tetapi saya hanya akan menunjukkan cara yang paling mudah untuk melakukannya.
Kajian Keyword
Segala-gala yang dilakukan dalam affiliate marketing memerlukan keyword. Tidak kiralah apa pun pilihan anda samada PPC marketing, pemasaran artikel, blogging atau lain-lain bentuk pemasaran, anda perlukan keyword yang betul jika ingin mendapatkan jumlah trafik yang tinggi dan stabil.
Saya gunakan Google Keyword Tool untuk membuat carian yang pantas dan percuma:
Memerah Otak
Langkah pertama anda ialah untuk membuat senarai niche yang anda mempunyai minat untuk mempromosikannya. Buat satu senarai panjang yang terdiri dari niche-niche yang anda rasa boleh menguntungkan atau sekurang-kurangnya niche-niche yang menarik minat anda.
Jangan fikirkan perkara lain, buat sahaja satu senarai 10-20 niche sekarang. Jika anda perlukan bantuan, lihat sahaja di sekeliling anda untuk mendapatkan inspirasi.
Memilih Niche yang Menguntungkan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan sekarang ialah memilih satu niche untuk dipromosikan. Ini sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Anda tidak boleh memilih sebarang niche – anda mesti memilih niche yang menguntungkan sahaja. Bukan semua niche akan memberikan anda keuntungan seperti yang diharapkan.
Pengenalan
Affiliate marketing merupakan satu jalan untuk menjana pendapatan online yang terbaik kerana anda tidak perlu mengeluarkan belanja sendiri, menghasilkan produk sendiri dan tidak perlu berurusan dengan pelanggan atau masalah penghantaran.
Apa yang anda perlukan hanyalah keinginan dan semangat untuk berjaya dalam bidang affiliate marketing. Saya tidak boleh berikan kepada anda motivasi yang anda perlukan tetapi saya pasti mampu memberikan kepada anda pengetahuan yang anda perlukan untuk tujuan itu.
Matlamat dan idea bagaimana hendak mencapainya.
Dalam kita mengejar kemewahan, kita tidak boleh lari dari menetapkan matlamat. Apabila matlamat di tetapkan, pasti anda tercari-cari bagaimana hendak mencapainya. Seorang pakar motivasi dan pemasaran menggariskan ada 4 langkah yang boleh kita gunakan untuk membantu kita mencapai matlamat.
Rahsia menyelesaikan masalah.
Pencarian kemewahan akan sentiasa memberi kita masalah. Walau sekuat mana atau sehebat mana kita, masalah akan sentiasa menghantui kita. Tiada masalah, tiada kehidupan. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang menghantui kita dan pada masa yang sama kita boleh mengumpul kemewahan?
Teknik ajaib untuk mendapatkan apa yang kita mahu.
Pernahkah anda mengimpikan untuk memperoleh kuasa seperti Aladdin. Petik jari sahaja, jinnya akan menunaikan segala kemahuan yang beliau mahukan. Kita juga boleh tetapi kita perlu mengusai kuasa penyerahan iaitu berserah sepenuhnya pada Allah S.W.T.
Seorang jutawan dari Amerika yang menjalankan perniagaan memberi kursus motivasi untuk badan-badan korporat dan pekerja-pekerja syarikat, telah jatuh bankrap di sebabkan kejatuhan ekonomi di Amerika. Beliau hanya ada 35 sen sahaja. Dengan 35 sen tersebut, tiada apa yang boleh di belikan untuk anak dan isterinya.